Assalamualaikum readers...
Entry hari ini dibuat semasa saya sibuk men 'strees' kan diri untuk Research Proposal..
Tapi, sebab aku takut benda ni aku lupa, dan selagi ide tu membuak2 dalam kepala
selalu baca dalam post2 orang,
bersahabat kerana Allah S.W.T
aku sangat tidak faham..
apa maksud nya ah?? dan mulai baca lagi..
Maksudnya, bersahabat bukan kerana harta, rupa atau kedudukan
Ya, aku tidak pernah memilih kawan sebab benda2 di atas
seorang adik alam maya aku telah memberi link ini dengan aku
walaupun aku busy, aku tetap buka blog ni...
dan aku mulai faham maksud ayat
"bersahabat kerana Allah S.W.T"
dan aku akan membuat kesimpulan berdasarkan kefahaman aku selepas membaca blog ini
bersahabat kerana Allah S.W.T adalah KITA (kau, aku dan kita) saling melengkapi untuk sama2 menuju ke arah kebaikan...
Kalau aku buat salah (disisi agama), kamu lah bantu aku (teguran)
Kalau kamu buat salah, aku berhak untuk tegur
kenapa??
SEBAB AKU SAYANG KAMU KERANA ALLAH S.W.T
Masalahnya tidak semua orang faham konsep TEGUR
selalu keluar ayat, 'tak tegur salah, tegur pun salah'
kerana tegur adalah perkara yang susah orang mo terima (termasuklah aku)
apa lagi kalau melibatkan hal-hal agama ni..
tahu benda tu salah, tahu benda tu tak baik
tapi untuk tegur tu hati mula berat mo cakap..
untuk aku, tips senang ialah, jadikan laman sosial untuk aku menegur orang
#fb, #twitter #blog adalah tempat luahan yang sangat sesuai
mungkin ada yang ndak suka dengan apa yang aku post di laman sosial aku
tapi, x suka tetap akan baca kan??
maksudnya (indirectly) aku sudah menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang kawan dan muslimah untuk menyampaikan ilmu.
Ilmu tu baik untuk semua, termasuk aku...
aku sayang dengan kawan-kawan aku
dan satu lagi
kalau perasan, aku mulai delete gambar2 di #fb
kenapa???
sebab aku sayang diri aku dan kawan-kawan aku
aku TIDAK AKAN upload gambar kawan-kawan aku yang auratnya kelihatan
BIAS?? tidak.. kerana aku sayangkan kawan-kawan aku dan family aku
sebab aku tidak mahu orang yang membuka #fb aku tgk aurat aku dan kawan-kawan aku
kalau benda tu tidak bagus untuk aku, aku akan lakukan sama dengan kawan-kawan aku
kerana apa??
KERANA AKU SAYANGKAN KAMU
jadi, jangan kecil hati dengan x upload gambar kamu di tempat aku
bukan sebab penyemak, tapi kerana rasa tanggungjawab aku sebagai kawan untuk menutup aib kawan aku sendiri...=)
'Tapi kan dia ok pun kalau gambar dia kena post?? di fb dia lagi lh blambak gmbr dia ndak tutup aurat??'
BETUL. tapi fb tu sapa punya account?? kita kan.
Jadi kita berhak ke atas fb kita.
Kalau kita post gambar orang yg x pakai tudung, sapa yang salah di sini?? kita kan??
sebab kita post benda tu. tangan kita yang click share/yes/upload.
jadi benda tu sudah jadi tanggung jawab kita kerana kita yang membenarkan benda tu dishare/public di wall kita (Allahu a'lam)..
kalau dia mo share gambar dia, itu terpulang dengan dia. tapi kita tahu benda tu x bagus
(bukan sebab kawan kita x bagus, tapi sebab dia x tutup aurat sahaja -don't get me wrong with this statement-), jadi kita bertanggungjawab untuk membuang benda tu (kerana kita sayangkan kawan kita)
"Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah S.W.T akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah S.W.T bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian." ~As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin~
*berdoa untuk diri sendiri supaya menjadi orang yang lebih baik, dan doakan kawan-kawan kita semoga menjadi orang yang lebih baik dari kita.
Thanks sis kerna share blog tadi. semoga ukhwah kita berkekalan (walaupun x pernah jumpa)
Assalamualaikum, sayang2ku... I love you, because of Allah...=)