EVERY NEW BEGINNING COMES FROM SOME OTHER BEGINNING'S END ~ SENECA

Tuesday, February 28, 2012

-Aku_Berhijrah-

Salam..
Lama x update blog.. xda masa mau upadate blog...=)

Aku MAHU berhijrah.. Berhijrah kepada yang lebaih baik dari sekarang. Memang itu kan matlamat kita? sentiasa mahu jadi yang terbaik. =)

Ya, aku sudah berjilbab. Alhamdulillah. Tapi, honestly, aku masih gagal untuk menutup auratku dengan sempurna. Bila fikir-fikir balik, malunya aku sebagai orang yang bertudung tapi masih memakai baju yang ketat dan lengan pendek. Itu sama sahaja masih tidak menutup aurat namanya. kemudian, aku mula 'ringan hati' untuk berubah. Senangkah mahu berubah? Sejujurnya aku katakan tidak.Aku tiada orang yang mendorong aku kuat untuk berubah. Senarai kepayahan aku untuk berubah;
  • Aku kurang pengetahuan dalam ilmu agama dan tiada pendorong yang kuat untuk aku berubah.
  • Aku kena disiplin kan diri untuk bangun Subuh.
  • Koleksi baju labuh aku sangat lah limited...
  • Terlalu takut memikirkan reaksi orang lain melihat perubahan aku.
  • Masih ragu-ragu untuk berubah.
  • Terpaksa mendelete gambar-gambar yang ditagged dan yang ada dalam FB..
  • Melimitkan pergaulan terutamanya dengan lelaki  (termasuk 'dia')
  • Mulai bersiap lama kerana mengusai tudung dan mencari baju yang sesuai.
  • Menutup keinginan memakai baju trendy...=(
Nampak macam bukan satu masalah kan?? Tapi bagi aku, perubahan ni sedikit sebanyak mengganggu emosi dengan fikiran aku semasa aku cuba untuk berubah. Kadang-kadang aku rasa, kenapa lah aku mau jadi ni?? kenapa aku perlu berubah?? Jadi yang baju2 lawa mau pakai dimanalah?? Menyusahkan lah, mau turun bawah kejap pun kena tukar baju lagi...=(

Tapi, semua tu kerana aku kurang ilmu. Aku mau tutup, tapi aku ndak tahu kenapa harus tutup.. Jadi, aku nekad, kalau mau berubah mesti ada ilmu.. Aku beli buku, tengok orang lain, baca sumber-sumber di internet, buka youtube dengar ceramah, minta pandangan dari 'dia'. Alhamdulillah, 'dia' adalah pendorong utama aku untuk berubah. Nasihat dia, walaupun kadang-kadang susah mau terima, tapi memang banyak membantu aku. Yang paling membuatkan aku terharu, dia berusaha juga untuk membantu aku walaupun mengorbankan sedikit hal. Kalau dulu tidak kisah berdua-duaan, sekarang pegang tangan pun x boleh. Mula-mula rasa mau sakit sangat.. Tapi lama-lama, aku rasa bertuahnya aku. 'Dia' telah mengangkat darjat aku sebagai seorang wanita dan cuba menjaga aib dan maruah aku sebagai seorang wanita. Alhamdulillah. =)

Dan ikhlas, aku gembira dengan perubahan aku. Aku rasa bangga dapat menjalankan sedikit tanggungjawab aku sebagai muslimah. Aku bersyukur hati aku terbuka ketika aku masih lagi muda. Aku baru berkongsi pandangan dengan kawan aku dari Kazakhstan. Dia kata, " the most happiness in our life is when we do sincerely to Allah and Taubah.." honestly, I'm happy with my life now, Alhamdulillah..=)

Harapan aku, biarlah perubahan ini berterusan. Kalau rasa masih ada yang kurang, sila lah tegur. Aku masih baru lagi. =) 

Salam.