idea entry arini muncul selepas membaca note Wardina (yang artis tu..) pasal "public lawyer"..
actually lama sudah berkulat masalah ni dihati tapi diam jak lah..malas mo masuk campur..
tapi kali ni rasa mau muntah juga isi hati ni....
actually.....aku ndak brapa suka lah post2 yang mengutuk bangsa sendiri, apatah lagi orang seagama...
yang selalu jadi mangsa adalah PEREMPUAN...
kesian ni..semua mo kena complaint.... aku ndak marah kalau benda tu ilmu
(contohnya ndak boleh pakai tudung yang ada bonggol, tudung menyerupai rahib etc..)
tu terima kasih kerana info nya~~
tapi kalau sudah bab2 menjatuhkan maruah seorang perempuan tu
(contoh: gambar2 pakai tudung tapi buat benda2 yang ndak senonoh, pakaian sendat, post2 yang menghina cara penampilan perempuan..)
ndak suka lah baca!!
macam mo tau jak sapa yang post2 begitu tu, dia tu perfect sangat kah????
bukan mau mengiyakan dosa, tapi TOLONG NASIHAT DENGAN CARA YANG BERHEMAH!!
ni macam orang tu teda maruah....
ada satu post yang slalu orang suka mo share...
1st baca memang ketawa2....memang ada juga betulnya benda ni
tapi bila baca kali kedua trus terfikir;
'what's wrong with this guy??"
siapa dia untuk suruh orang len jauhi sifat2 perempuan yang macam ni??
sedangkan Yang Maha Esa pun tidak pernah membezakan umatnya
yang penting adalah amalan ibadat kepadaNya..
trus aku anti baca post2 begini..suruh share, kempunan!!
sama jak aku menjatuhkan martabat kaum hawa yang lain..
memang betul benda tu salah, memang betul benda tu dosa
tapi jangan sampai buat ayat yang sakit mata mo baca...
dia ada cakap, annoying peluk2 balak depan public, lepas tu advice plak kalau x tahan buat di hotel murah
ndak rasa dia ni jatuh kan maruah perempuan kah????
cuba guna idea yang bernas untuk sedarkan orang...
ni sama 2x5 jak...bagus ndak payah bagi nasihat...
kesian ya...
perempuan selalu jak direndah2kan...
seolah-olah rendah betul akhlak perempuan zaman sekarang
# tidak semua perempuan boleh menjadi wanita idaman lelaki soleh
bertudung labuh, menutup segala aurat
cukup dengan asas agama yang kuat
tu juga boleh membentuk wanita yang solehah
selebihnya itu tugas lelaki untuk membimbing wanita itu ke jalan yang diredhai..
jangan pernah label perempuan tidak bertudung tu tidak baik
perempuan yang pakai baju sendat tu tidak berakhlak..
DONT EVER DO THAT!!
kalau rasa salah, bimbing dan tegur dengan cara yang paling berhemah...
dan sedikit demi sedikit dia pasti sedar dan akan berubah...
InsyaAllah...