EVERY NEW BEGINNING COMES FROM SOME OTHER BEGINNING'S END ~ SENECA

Sunday, December 25, 2011

saya sudah meningkat dewasa

25 Disember 1987
adalah tarikh saya, DAYANGKU AZRIANI BINTI AWANG ISMAIL dilahirkan
menurut sejarah, saya adalah anak yang sangat susah dikeluarkan
mama start sakit perut (mo beranak) subuh
tapi saya baru keluar jam 11 pagi...
tu lah orang cakap aku ni susah mo diatur
hahaha...mitos!!

tu cerita 24 tahun yang lalu..
24 tahun???
ya, sekarang genap umur saya 24 tahun
muka masih nampak muda??
apa boleh buat
gen family semua baby face... hahaha

sekarang sudah 24 tahun
sudah matang, sudah dewasa, sudah boleh berdikari
tapi saya tetap orang yang sama
clumsy, L.O.L, manja
azam??
Hanya mau yang terbaik sepanjang merentasi alam 24 tahun dengan lebih bermakna
tiada spesefik...

tahun ini, birthday saya sangat bermakna
susah mo luah satu2
cuma dapat cakap, THANKS for everythings
terlalu banyak kenangan~~~

;')



Friday, December 23, 2011

~~Birthday Celebration~~

Pre-Celebration for my birthday....thanks piqa for the  awesome day!!


makan tengahari di Bambu Desa (begaya!!haha)

Indonesian foods..yummy!!=)

kami adalah iklan untuk Asian Food Channel...

we LOVE books..

Fans of CHELSEA!!

Birthday Cupcake, by Bisou...

Vincci, birthday present!! really like it...=)

have a good time!! thanks piqa....love you

the best moment ever..
then, ada satu lagi yang kami buat time ni..
kami tengok New Year's Eve
memang best gila wayang tu
sampai nangis ah tengok.. haahha
tapi, memang ni sejarah birthday yang tidak akan dilupakan

Kom Ma Wu, Piqa!!
Sarang Hae yo...ahahaa










Wednesday, December 7, 2011

~A Little Peace Of Mine~

Ramai Orang Tanya,
"Cewe, macamana lah study ko?best?"
"Dayang, susah kah amik master?"
"Az, ok juga kah amik master?"

macamana mo jawab ah????
kalau study tu macam men guli di tepi jalan boleh lah aku cakap 
BEST GILA STUDY!!

tapi, ni mo kongsi cara2 "budak master" ni belajar...

1. dapat assignment dari lecturer (mulai rasa stress)



2. akan buat sedikit discussion (including complain pasal assignment yang bru diberi) dengan rakan class


3. sampai bilik, akan online..mengadu di FB, Twitter, blog and BF yang stress sbb ada asgment

(walaupun actually tak start buat apa2 pun..trus complaining about the asgment)


4. lepas abis complain and sesi meluah perasaan, baru start open google and cari related article, journal or anything yang boleh dijadikan sebagai sources


5. save dalam 1 file…done!! boleh start tido...


6. tomorrow and the day after
……….....
(kerja start terbengkalai sbb due date lambat lagi mo hantar)
*at the same time, masi risau pasal asgment

7. 1 week before submission date, baru buka balik file yang simpan smua sources taaadi..
*stress temperature semakin naik

8. 3 days before: mula panic…time tu library adalah tempat sesuai untuk buat keja
*mula salahkan tempat pembelajaran yang tidak sesuai (complain lagi..)

9. 1 day before: ok!! Sediakan coffee untuk menyegarkan mata…jangan tidur!! Time tu mula menjadi Albert Einstein yang kedua.. rambut ndak terurus, mata akan jadi mata panda.

10. Due date: sudah teda masa mo baca balik tu asgment.. print and stapler.. 


lepas hantar, talk with others and cakap, “tidak cukup masa mo buat banyak” or “kalau masa banyak, boleh buat banyak benda” atau pun “ndak tau lah asgment tu ok kah tdk”
Time tu mula berazam untuk tidak mo buat kerja last minute… tapi setiap kali ada asgment baru datang, proses ini akan berulang….

Ok!!

Now, jawab lah, best kah amik MASTER??
Best kan?? Lebih banyak masa rehat dari masa belajar
Lebih lancAr bacA status di FB or Twitter berbanding baca Journal & Article
SANGAT BEST!!=)


Monday, December 5, 2011

Full.Of.Love.

arini aku sakit...
=(
disebabkan oleh cuaca yang tidak menyenangkan 
kurang rehat yang cukup (kunun lah =p)
and ditambah plak ngan keadaan hp aku yang menyedihkan
demam aku bertambah!!

jadi aku decide untuk berehat sebentar dari class
boleh jak aku pegi tapi mo kasi betul2 sihat dulu
nanti malar tu demam ndak pandai sakit

tapi sakit aku kali ini sangat bermakna
kerana wujudnya orang2 yang menyayangi aku 
yang sanggup datang ke bilik aku yang tinggi ini
semata-mata untuk menghantar ubat untuk aku
=')
walaupun sakit ni ndak lah teruk sangat
tapi thanks for your super caring!!

kaya' orang sakit beneran..=)

makanan untuk orang yang sakit =)

this from wikan...sempat bagi permint untuk aku =)

walaupun aku ndak suka ubat tahap gaban
aku try paksa tekak aku untuk telan ni
yang pasti #buburayamMcd dan #burgerking tu pasti habis!!haha

GAMSA HAMNIDA 
감사합니다

Sunday, December 4, 2011

~patah seribu~

patah seribu hati ku..
bila melihat handphone 'mahal' aku pecah bederai
hancur,retak, air betakung...
uwaaaa...time tu rs mo nangis jak
tapi salah sendiri juga...huhuhu
ni rupa handphone aku sebelum..

ni kejadian selepas...huhuh



sengsara kan??hati aku pun remuk juga macam hp aku tu...
=(
ndak apa lah...bukan rezeki aku pakai hp canggih2 ni
rest in peace my smartphone..
nanti ada rezeki lain aku beli laggggiiii canggih..
tapi skali dengan tempat gantung d leher
peduli lah orang cakap aku pugut kah, minta puji
tayang2 hp mahal
yang penting ndak pecah macam ni...
tapi yang lucu
sudah pecah2 ngan air betakung2 di dalam, 
macam ni masih boleh received call and call out ngan baca and reply sms
hebat!!
hahaa...
makna nya kena suruh guna juga bah tu biar pecah screen...
guna lah selagi boleh mampu...
jangan membazir kan???=)

Saturday, November 19, 2011

I can be me...=)

2 weeks ago....
aku sudah ada bilik baru!!
berpindah dari Sentul ke Kolej 5, UM
now, I had my own room!!
just for myself....

penat duduk 'menumpang' dengan orang len (selain family and kawan rapat)
rasa semua benda kena buat, semua benda tak boleh buat
fikir kan hati orang-orang lain yang kita tidak tahu hati dia macamana
terpaksa berkorban, terpaksa mengalah, terpaksa mengiyakan..
wah, penat!!
bukan mau jadi 'kera sumbang'
aku boleh tinggal dengan sesiapa saja...
tapi perasaan orang lain tu yang aku takut...
takut kita tidak dapat jaga hati mereka
at last, hati kita yang jadi mangsa...

jadi sebelum berlaku something yang boleh membuatkan kedua-dua pihak bermasam muka
sebelum aku menjadi seseorang yang menyusahkan
dan sebelum aku bertindak di luar kotak fikiran
bagus aku cari tempat di mana seharusnya aku berada...
dan, ALHAMDULILLAH 
berkat kesabaran aku akhirnya aku dapat juga bilik di hostel..

banyak kebaikan tinggal di hostel:
1. senang mau ke kampus, library dan tempat print (memandangkan KL susah mo cari tempat print)
2. tidak perlu bersiap 3 jam sebelum ke kelas 
3. tidak perlu berkejar-kejar nek train, bus dan semua public transport yang ada di KL
4. jimat makan (memandangkan sepanjang berjalan dari Sentul-UM, mata meliar mo cari makanan sedap)
5. tidak perlu mengangkat beg yang berat seperti traveller sebab mo ke library mencari maklumat
6. jimat transportation
7. keselamatan terjamin (sebab kelas abis malam)
8. boleh berjimat cermat
9. every weekends aku bebas plan apa yang aku mo plan, bukan orang len plan.
10. sebab aku memang ndak mo tinggal sentul!!=)

finally, aku dapat room..
tapi seolah-olah memahami situasi aku (a.k.a macam menyindir..hehe)
aku dapat bilik SINGLE ROOM..
bayarannya sangat lumayan, RM15 per day
including makan...=)
ndak pa... mungkin lebih jimat berbanding aku tinggal di luar..
after =)
before














so kawan-kawan di sabah atau kawan yang di semenanjung pun dialu-alukan
manatau mau rasa tinggal di hostel
sila-sila kan ke bilik saya di C401, Kolej Ke-5, UM
melihat dari no bilik C401
faham-faham lah maksudnya ok..
maksudnya ialah bilik aku di tingkat 4, a.k.a paling atas!!
tiada lift disediakan..=)



sesuai dengan penghuni-penghuni di kolej ini, iaitu ahli sukan
jadi aku pun kena jadi ahli sukan macam dorang semua...
mari mulakan diri dengan bersenam!! 
(lepas ni kalau ndak kurus lagi ndak tau lah.. hahaa)

sebelum aku mengakhiri teks ini, ada aku mo share (mo kasi kembang2)

aku ada ini..tau apa fungsi ini??ini adalah  line internet  merangkap menghibur hati saya di sini =)

salam sunday everyone!!=)

Tuesday, November 8, 2011

P.E.R.G.I

mungkin dia tidak membaca entry ini..

tapi aku mau dia tahu yang aku sangat bersimpati atas kehilangan orang yang paling dia sayangi..

no words can make him ease his sadness.. just pray for him to still strong..

terlalu banyak benda yang dia hadapi tahun ini, termasuk aku...

rasa bersalah aku tidak ada ketika dia bersedih..

dan aku harap ada orang lain yang bagi semangat untuk dia teruskan kehidupan dia..

walaupun dia bukan siapa-siapa aku lagi, aku masih berdoa untuk kebahagiaan dia..

semoga arwah ibunya aman di sana...

dan semoga mereka sekeluarga bisa menerima pemergiaan dengan hati yang terbuka..

Al-Fatihah kepada Shimky Shim...

my hati terbaru!

entry arini adalah berkenaan dengan kekasih hati terbaru saya, iaitu

 CN Blue!!

wah... aku semakin m3nyukai ni group..

group korea terbaik yang aku pernah jumpa...

actually aku mula berkenalan start cousin aku suka betul kumpul lagu2 korea

dengar2 trus terpikat...

kena2 lagi vocalist dia belakon dalam You're Beautiful tu..

pergh...melting ok!!!

hahahaha....

tapi sudah kena poke oleh PIQA...

ndak pa, abgi can sama dia...hehehe

anyway, sapa2 yang curious pasal ni group, search jak di google, youtube, FB...

dengar lagu2 dorang..

walaaupun ndak paham, tapi boleh kasi buga2 tu hati..

selamat berbunga...=)


#ada plan bek punyyyaaaaa dengan sehati sejiwa aku, piqa...ndak sabar!!#

Friday, October 21, 2011

YOU are not a lawyer. don't judge people.

idea entry arini muncul selepas membaca note Wardina (yang artis tu..) pasal "public lawyer"..
actually lama sudah berkulat masalah ni dihati tapi diam jak lah..malas mo masuk campur..
tapi kali ni rasa mau muntah juga isi hati ni....
actually.....aku ndak brapa suka lah post2 yang mengutuk bangsa sendiri, apatah lagi orang seagama...
yang selalu jadi mangsa adalah PEREMPUAN...
kesian ni..semua mo kena complaint.... aku ndak marah kalau benda tu ilmu
(contohnya ndak boleh pakai tudung yang ada bonggol, tudung menyerupai rahib etc..)
tu terima kasih kerana info nya~~
tapi kalau sudah bab2 menjatuhkan maruah seorang perempuan tu
(contoh: gambar2 pakai tudung tapi buat benda2 yang ndak senonoh, pakaian sendat, post2 yang menghina cara penampilan perempuan..)
ndak suka lah baca!!
macam mo tau jak sapa yang post2 begitu tu, dia tu perfect sangat kah????

bukan mau mengiyakan dosa, tapi TOLONG NASIHAT DENGAN CARA YANG BERHEMAH!!
ni macam orang tu teda maruah....
ada satu post yang slalu orang suka mo share...


1st baca memang ketawa2....memang ada juga betulnya benda ni
tapi bila baca kali kedua trus terfikir;
'what's wrong with this guy??"
siapa dia untuk suruh orang len jauhi sifat2 perempuan yang macam ni??

sedangkan Yang Maha Esa pun tidak pernah membezakan umatnya
yang penting adalah amalan ibadat kepadaNya..

trus aku anti baca post2 begini..suruh share, kempunan!!
sama jak aku menjatuhkan martabat kaum hawa yang lain..
memang betul benda tu salah, memang betul benda tu dosa
tapi jangan sampai buat ayat yang sakit mata mo baca...

dia ada cakap, annoying peluk2 balak depan public, lepas tu advice plak kalau x tahan buat di hotel murah
ndak rasa dia ni jatuh kan maruah perempuan kah????
cuba guna idea yang bernas untuk sedarkan orang...
ni sama 2x5 jak...bagus ndak payah bagi nasihat...

kesian ya...
perempuan selalu jak direndah2kan...
seolah-olah rendah betul akhlak perempuan zaman sekarang

# tidak semua perempuan boleh menjadi wanita idaman lelaki soleh
bertudung labuh, menutup segala aurat
cukup dengan asas agama yang kuat
tu juga boleh membentuk wanita yang solehah
selebihnya itu tugas lelaki untuk membimbing wanita itu ke jalan yang diredhai..
jangan pernah label perempuan tidak bertudung tu tidak baik
perempuan yang pakai baju sendat tu tidak berakhlak..
DONT EVER DO THAT!!
kalau rasa salah, bimbing dan tegur dengan cara yang paling berhemah...
dan sedikit demi sedikit dia pasti sedar dan akan berubah...
InsyaAllah...




Monday, October 10, 2011

Hijab Chill =)


salam...

mo crita.. tadi masa di LRT,  on the way balik ke rumah, aku duduk disebelah untie cina... sangat peramah tu untie!! Dia tegur aku, "wah, pandai you pakai tudung..sangat cantik!"
aku sudah senyum2 time tu... haha... padahal aku lilit jak shawl aku tu... bukan begaya2 macam hana tajima.. cuma aku ikat juntai2 di kpala ngn di dada tu sebab masa tunggu tren aku bosan... tapi untie tu cakap cantik, so tq lah untie!! =)

pastu dia cakap lah.. dulu dia tidak suka tengok orang pakai tudung.. macam sama jak semua.. sekarang dia suka tengok.. very creative... 

trus aku terfikir... ndak salah kalau kita ikut trend semasa untuk mengubah cara kita bertudung selagi niat dan cara pemakaian kita tu tidak melebihi batasan yang diperlukan, kan?? aku rasa kalau untie yang non-muslim tu pun tertarik dengan cara pemakaian tudung sekarang, maybe boleh jadi juga benda yang sama boleh attract remaja Islam untuk bertudung...

bagi aku, untuk permulaan, kalau dia jadikan alasan trend untuk dia bertudung, aku terima jak alasan tu.. sekurang-kurangnya dia berubah ke arah kebaikan kan?? untuk satu permulaan juga tu.. dulu aku start bertudung pun bukan pasal diri aku sendiri.. pasal rambut aku kena potong sumpak.. tu lah aku bertudung.. tapi, perlahan lahan mesti dia terbuka hati untuk bertudung secara permanent, bukan kerana trend lagi...

so, terima kasih lah Hana Tajima.. terima kasih Yuna... Terima kasih Maria (apa entah)... terima kasih Heliza Helmi.. terima kasih kerana menjadi ikon orang yang bertudung selama ini.... walaupun penat mo lilit-lilit shawl di kepala tapi hasilnya sangat lawa!!

terima kasih juga dengan pereka-pereka jenis tudung dan shawl... sekarang di jalan TAR tu, cari jak shawl jenis apa mo... semua ada!! yang tinggal lilit jak pun ada... sangat mudah, ringkas dan murah!!

#aku pun mo lakukan satu perubahan juga ni... tapi perlukan masa yang sangat sesuai untuk berubah... perlu banyak belajar dan perlu sedia fizikal dan mental... wah, terserlah ke'tua'an aku!! hehe... bukan tua, tapi matang...=)

k lah.. sambung men'stress' kan diri.. sayang diri anda, sayang keluarga, sayang orang di sekeliling anda..sayang orang yang menyayangi anda, termasuk saya!! ....muaahhh.....

Tuesday, October 4, 2011

choc bananas.....=0

Arini mo bagitau sejarah aku berkenalan dengan choc bananas memandangkan aku baru jak tau wujud air tu...

hari sabtu
aku jalan2 pegi Mid Valley bersama kawan aku lepas balik dari MMU. 
Then, lepas penat bejalan2 kami decide mo cari tempat makan
memandangkan Sabah tiada Dominos pizza, so kami makan di sana.
tapi, kami sesat! kami ndak tau mana tu kedai Dominos tu.
kawan aku suruh search di internet (memandangkan handphone aku lebih canggih dr dia)
trus aku buka Google Maps.
tapi apa yang aku dapat is cara macaman mo pegi mid valley 
(owh, ok!! google maps cuma utk d jalan raya jak bukan utk d shopping complex.. silly!! haha..)

lepas tu, kami round abis tu mid valley and try cari tu Dominos sampai kami haus yang teramat sebab penat tawaf Mid Valley (tau kan macamana besar tu MV??huhu)
dan muncul lah kedai yang bernama Juice Works..

(begaya kan??haus minum air mati sudah lah... so, mmg begaya!!haha)

di Juice Works tu kebetulan dorang ada buat sample tester... jaadi try minum macam sedap..
so, kami pun dengan begayanya duduk di depan kedai tu order minuman...
tengok menu macam semua macam mixed fruit jak... ada pineapple, mango pastu campur vanila yogurt..
so mostly air dorang over mixed, so aku amik yang simple jak lah, iaitu CHOC BANANAS..
simple jak, choc powder mix ngan banana..
then, try minum... for me, anak tekak aku ndak dpt terima...ndak sedap!!
tapi memandangkan haus kena kasi abis juga..
and then abis juga, finally!!

jadi malam hari yang sama aku remove blog lama and buat blog baru.
searching apa nama yang best ah?? then teringatkan choc bananas yang ndak sedap tu..
kenapa??
sebab peristiwa minum choc bananas tu sama jak macam life kita.
nampak macam sedap, enak, best tapi actually sudah rasa, ndak lah sama apa yang kita fikirkan,kan?
tapi kena minum sampai abis juga atas sebab HARUS SAMPAI HABIS..
so begitu juga life kita...
nampak macam indah, tapi bukan selalunya sama apa yang kita nampak.
tapi kita kena teruskan juga kan selagi belum ajal menemui kita.. kena tempuh juga!
#terima kasih choc bananas..=)


*rasanya choc bananas tu actually bukan untuk hilangkan rasa haus tapi sebenarnya untuk orang yang mo diet.. sebab lepas jak minum air tu, kami jumpa Dominos and then kami sudah ndak larat mo kasi abis regular pizza walaupun kami lapar pada mulanya..hihi*

Sunday, October 2, 2011

With Another Beginning Entry~~

Assalamualaikum semua...

ni adalah entry pertama saya di muka yang baru..=)
previous blog sudah kena delete. sebab?? emh... ntah!! (jawapan selamat kan?.he he he..)
so kali ni aku lebih senang untuk guna ayat ni, "apa yang kita tulis menggambarkan diri kita sebenar"
mungkin tu yang akan berlaku kepada blog baru ni...

#usia yang semakin mendekati 24 ni, lebih mengenal maksud 'diam'. 
=)


different characters, but still cute.

just like me.you.us.